Rabu, 6 Julai 2016

Selamat Hari Raya 2016

ISelamat Hari Raya Aidilfitri
Mohon maaf diatas segala kekurangan dan kesilapan
Urusniaga vending cuti 4-jul hingga 10-jul
Tapi mesin masih beroperasi seperti biasa


Isnin, 20 Jun 2016

Mesin Second untuk di JUAL atau SEWA

Terdapat beberapa unit mesin second untuk dijual/sewa.
Mesin telah diservice dan berkeadaan baik seperti baru recond.

Mesin 460 Hot & Cold : 3 prefix 1 coffee 3 syrup : RM7,500.00


Mesin 483 Hot & Cold : 5 prefix 1 coffee 3 syrup : RM14,500.00


Mesin 483 Hot & Cold : 5 prefix 1 coffee 3 syrup : RM14,500.00

Rabu, 8 Jun 2016

Scamer Vending

Senarai beberapa scamer yang diketahui setakat ini berdasarkan aduan pelanggan.
Untuk dijadikan ikthibar sahaja.

20160606
Pembayaran sewa tapak ke pihak ketiga. Sila berhati-hati, jika membayar sewa kepada pihak ketiga, sila pastikan sewa ini sampai kepada pihak yang berkenaan. Minta resit rasmi dari pihak yg berkenaan walaupun tanpa amount (dipadam sebab ada yg markup sikit).
Ada sebuah company yang berpusat di Kajang suka membuat perkara ini.
Ada yang dah bayar sewa selama 2 tahun, tetapi sewa ini tidak sampai ke pihak yang sepatutnya.
- Company yang sama juga ada menjual mesin dengan harga yang tinggi untuk mesin dan tapak yang dah nak habis contract.
- Setelah masalah timbul sebab habis contract, tapak gantian yang diberikan amat mengecewakan, monyet pun tak datang kat tempat tersebut.

Aduan: En N.....

20160606
Vending mesin air tin yang dijual agak mahal (RM32k seunit), dijanjikan tapak dan juga dapat membeli air tin dengan harga murah 45sen setin.
Setelah tiga (3) bulan mesin masih tak sampai (dari jepun katanya) dan pakej pembelian air tin murah juga hanya tinggal janji.
Ramai yang kena dah.

Aduan: En 012.....

20151124
Beli mesin dengan pakej, tapi pulangan tak seperti yang dijanjikan.
Ramai pula yang mengadu kebelakangan ni, berkenaan kes ni. Kesannya, ada yang nak beli tapak dan ada yang nak jual mesin.

Modus operandi :
- Penjual menjual mesin vending ni dengan pakej yang menarik, iaitu bayar sahaja amaun yang ditetapkan (cth rm18k), tempat dan pengurusan harian penjual akan uruskan. Pembeli akan dijanjikan pulangan tertentu setiap bulan, Tempat pemasangan nampak cun.
- Beberapa bulan pertama, pulangan agak menarik dan menyebabkan keyakinan terbina dan pembeli akan cadangkan kepada pembeli lain
- Tiba masa, pulangan makin berkurangan dan makin liat
- Lama-lama terbongkar juga, mesin dan tempat yang sama dijual kepada beberapa pembeli.
- Ada yang bernasib baik, dapat mesin. Tapi mesin nampak baru, cam tak pernah guna, nasib baik dapat mesin.
- Kesian juga, ada mesin tapi tak ada tapak.

20151004
Beli vending dapat pulangan tetap bulanan yang agak mahal.
Modus operandi :
- Penjual menjual vending mesin dengan harga yang agak mahal sedikit berbanding harga pasaran
- Semua urusan refill dan urusan harian dilakukan oleh pihak penjual : Memang best
- Dijanjikan pulangan bulanan yang agak mahal : Memang best
- Lokasi mesin ditempatkan di tempat yang hot aka sekolah : Memang best
- Dijanjikan kalau pulangan bulanan tak tercapai seperti janjikan, pembeli akan dapat mesin : Nampak macam best
Akibatnya :
- Semua nampak best berkenaan yang dijanjikan
- Tiba masa, pulangan tidak tercapai
- Maka seperti dijanjikan mesin akan diberikan kepada pembeli
- Pembeli pun pening sebab dapat mesin tanpa lokasi
- Setelah mesin dikeluarkan dan diberikan kepada pembeli, penjual akan cari mangsa seterusnya. Lagi dan lagi. Menggunakan lokasi hot tadi.
Aduan : En Pesara

20150921
Harga vending mesin sangat makal berbanding harga pasaran.
Modus operandi :
- Penjual menjual mesin dengan 3 kali ganda harga pasaran
Akibatnya : Tiada kes, saya sahaja jelous, camana dia boleh jual mahal gitu, saya yang jual harga biasa ni pun, liat juga nak dapat pelanggan. :-)

20150119
Harga vending mesin sangat murah berbanding harga pasaran.
Modus operandi :
- Penjual menjual mesin dengan harga murah gila berbanding harga pasaran
- Bila tiba tarikh dipersetujui, akan diberitahu ada orang lain berminat dgn mesin tersebut
- Harga akan dinaikkan atas alasan ada pihak lain berminat dan sanggup beli dengan harga mahal sedikit
- Peroses kenaikan harga akan berlaku, macam lelong mesin jadinya
- Akhirnya harga mesin jadi sama atau lebih mahal dengan harga pasaran
Akibatnya : Pembeli terkena beli juga dengan harga pasaran. Tiada kes atau kerugian berlaku disini.
Aduan oleh : En A.....

Sabtu, 28 Mei 2016

Pemasangan SRA Kafa Taman Delima

28-May-2016
Pemasangan di Sekolah Agama Rakyat Kafa Integrasi Taman Delima
Vending Mesin Mesin Air Tin 20 slot

Terima kasih kepada En Fahmi kerana mengunakan khidmat kami.
Semoga berjaya dalam biz vending mesin ni.
Owner gembira, Pembeli gembira, Pelajar gembira, Saya gembira, Semua pun gembira


Sabtu, 21 Mei 2016

Pemasangan SMK Tasik Selatan

Pemasangan SMK Tasik Selatan
Vending Mesin Cup Hot & Cold


Pemasangan di SMK Bandar Kinrara 1

Pemasangan di SMK Bandar Kinrara 1
Vending Mesin Cup Hot & Cold 483
Sangat meriah

Pemasangan SMK Bukit Jalil

Pemasangan di SMK Bukit Jalil
Vending mesin Cup Hot & Cold
Sesangat meriah
Terima kasih kepada En Hafiz diatas kepercayaan tuan kepada pihak kami.



Ahad, 21 Februari 2016

Sekolah area Melaka

Kepada yang berada di area Melaka.
Kami bakal mendapat tapak di sebuah Sekolah di Melaka.
Belum sign contract lagi, oleh itu nama sekolah tidak dapat dipaparkan.

Walaubagaimanapun sesiapa yang berminat boleh hubungi kami : Nazrin 019-3636909

Pemasangan SMK Bandar Tun Razk

20160222: Pemasangan mesin cup di SMK Bandar Tun Razak,

Customer ni baru pertama kali main mesin cup, biasa dia main kerusi urut & snack.
Sampai kembung perut dan pijar mulut test premix dan kopi.
Jutaan terima kasih kepada En Zam diatas kepercayaan kepada pihak kami.


Rabu, 17 Februari 2016

Pemasangan SK Sri Rampai

Pemasangan SK Sri Rampai memang meriah.
Budak sekolah beratur dari jm1:50 hingga 2:50 pm masih ada lagi.
Sehingakan ais dalam ais maker pun habis, Milo.. memang habis licin.
Tahniah En Alif



Khamis, 28 Januari 2016

Mesin cup baru sampai. Process recod.

20160113: Process recond sedang berlangsung. Cuci sana cuci sini. Tambah mana yang kurang. Kasi reskin dan rebonding.


Vending mesin cup hot & cold baru sampai dari jepun. 2 minggu lagi sedia lah mereka untuk memberikan khidmatnya.

Sabtu, 16 Januari 2016

SRA Bunga Raya. Bukit Beruntung

SRA Bunga Raya, Bukit Beruntung - SOLD 26-Jan-2016
Mesin baru letak sbb permintaan terhadap jajan dan air kotak sangat tinggi.
Siapa berminat sila buzz, biz kencang .. kami pun tak larat layan

Khamis, 14 Januari 2016

Tapak Baru utk Vending Mesin - SEKOLAH

Maaf sesangat sebab, tapak sekolah ni terlalu HOT
Ada pertindihan dari segi booking......
MAAF sesangat sebab booking sistem guna manual.

SK Setapak - mesin tin 36 slot - SOLD
SMK Taman Desa Rawang - perlukan mesin tin 36 slot - BOOKED
SMK Sungai Buaya Rawang - perlukan meain tin 36 slot - BOOKED

Kami dalam proses mendapatkan tapak vending mesin untuk SEKOLAH di sekitar Selangor & Kuala Lumpur (pre book). Harga mesin + tapak adalah antara RM16,000 ke RM17,500 (bergantung kepada keadaan dan kepadatan sekolah)

Kepada yang berminat sila hubungi/whatsap Nazrin 019-3636909
Nyatakan kawasan yang dikehendaki.
Kami akan hubungi anda sebaik sahaja kami 'close deal' dengan pihak berkenaan. 

Gambar contoh:  Sambutan vending mesin di sebuah sekolah sekitar Selangor.