Sabtu, 19 Disember 2015

Water Dispenser Hot & Cold

Item: Water Dispenser Hot & Cold
Harga: RM 1,150.00
Area: KL & Selangor
Nota:
- Pemasangan & penghantaran (KL & Lembah Klang disediakan)
- Milik pembeli 10%
- Services & penyelengaraan yang mudah & murah

Hubungi : nazrin 019-3636909

Spec:
– Come with black and white
– Table top
– Stainless tub to prevent bacteria breeding
– Hot water safety function
– Compressor cooling
– Cool water tank 3,2L 6°C ~ 10°C
– Hot water tank 1L 85°C ~ 95°C
– Dimension WxDxH 280x410x570mm
– 4 stage water Korea water filter


Selasa, 24 November 2015

Isu-isu vending mesin

Langit tak selalunya cerah. Di bawah ini saya sediakan isu-isu yg dihadapi bila berhadapan dengan biz veding mesin untuk panduan bersama.

2015-12-09: Duit kertas sangkut 
Solusi - keluarkan je duit yg sangkut tu, dan kemudian lap sikit-sikit.




2015-11-26: Lampu selection button ada yang padam. 
Troubleshoot punya lama via phone dengan customer, pelik katanya sebab slot tertentu lampu tak nyala selepas masuk duit, slot bersebelahan yang sama harga nyala. Test setting price ok, test col set ok, test Test button tak ok. Rupanya wayar tercabut.
Solusi - sambungkan wayar tu semula.



2015-11-19 : Selection button buat hal.
Setelah ditinju selama 2 tahun, selection button ni rebah. Kena press kuat2 baru boleh.

Solusi: Kena tukar, sebab memang tak boleh dibaiki, ianya digam dari jepun, kalau buka memang barai. Sebiji 5 button ni mahal gila dalam rm150. Kalu tak tuka tak boleh buat sales pulok



2015-11-17 : Coin 50sen lama sangkut
Duit 50sen ni saiz dia agak besar sikit, memang mudah la untuk sangkut.
Solusi : buka ruang coin slot tu dan keluarkan duit yang sangkut tu.



2015-10-24 : Note RM1 kena reject je.
Duit note baru asyik kena reject je. Isu ni, periksa note acceptor, biasanya daki dah banyak.
Solusi: amik kain lap,  letakkan 4dw atau alcohol, bersihkan roda-roda kecil yang dah berdaki, lakukan setiap 6 bulan pun ok.





2015-10-10: Air tin keluar sekali banyak.
Air tin dispenser tersenget, menyebabkan  air yg jatuh lebih dari satu dan kekadang masa refill air tin terus sahaja terkeluar.
Solusi - pasang je balik.
Pertama kali saya berhadapan isu ini.


2015-04-22: Duit kertas renyuk.
Isu duit tersangkut dan renyuk. Duit kertas lama. Isu ni memang kerap berlaku terhadap mana-mana vending mesin.
Solusi - keluarkan je duit yg sangkut tu, dan kemudian lap sikit-sikit.


2015-02-02: Duit kertas salah masuk
Isu duit ringgit kertas dimasukkan ke slot duit silling, ada, memang ada orang yg bijak cam ni.
Solusi - keluarkan je la duit yg tersangkut tu, dan lap sikit-sikit dgn kain. Jangan tiup dengan mulut ye, dikuathiri air liur akan bertaburan di coin exchange tu dan menyebabkan sensor tak berfungsi.


2015-02-01: Duit siling sangkut
Isu duit siling sangkut, Isu biasa, mmg kerap berlaku.





Ahad, 15 November 2015

Projek wakaf Water Dispenser Hot & Cold

Projek wakaf Water Dispenser Hot & Cold

Di bawah adalah projek  wakaf Water Dispenser Hot & Cold untuk surau & masjid.
Sesiapa yang ingin menyumbang, boleh hubungi saya Nazrin 019-3636909

Kos mesin : RM 850.00
Kos pemasangan : RM 50.00
Kos keseluruhan : RM 900.00

Wakaf 1 lot : RM 90.00
1 mesin = 10 lot wakaf


3) Projek 3 : Belum ditentukan
    Status: In Progress





2) Projek 2: Masjid jamek Parit Haji Salleh, Batu Pahat, Johor
    Status: Siap 16-Nov-2015
  1. Lot 01 : Hamba Allah RM 90.00
  2. Lot 02 : Hamba Allah RM 90.00
  3. Lot 03 : Hamba Allah RM 90.00
  4. Lot 04 : Hamba Allah RM 90.00
  5. Lot 05 : Hamba Allah RM 90.00
  6. Lot 06 : Hamba Allah RM 90.00
  7. Lot 07 : Hamba Allah RM 90.00
  8. Lot 08 : Hamba Allah RM 90.00
  9. Lot 09 : Hamba Allah RM 90.00
  10. Lot 10 : Hamba Allah RM 90.00


1) Projek 1 : Surau Kg Parit Bengkok, Batu Pahat, Johor
    Status: Siap pada 29-Aug-2015

  1. Lot 01 : Hamba Allah RM 90.00
  2. Lot 02 : Hamba Allah RM 90.00
  3. Lot 03 : Hamba Allah RM 90.00
  4. Lot 04 : Hamba Allah RM 90.00
  5. Lot 05 : Hamba Allah RM 90.00
  6. Lot 06 : Hamba Allah RM 90.00
  7. Lot 07 : Hamba Allah RM 90.00
  8. Lot 08 : Hamba Allah RM 90.00
  9. Lot 09 : Hamba Allah RM 90.00
  10. Lot 10 : Hamba Allah RM 90.00



Ahad, 8 November 2015

Pemasangan di Masjid Taman Tun

Pemasangan di masjid Taman Tun 
Terima kasih en hakim diatas kepercayaan yang diberikan.
Selamat berniaga






Ahad, 1 November 2015

Kenapa business vending mesin

Kenapa memilih business vending mesin, terdapat ribuan peluang business yang lain :-

1) Business ni amat mudah
  • Tidak memerlukan tenaga kerja untuk menjaga kaunter. Pengurusan tenaga kerja adalah urusan yang amat rumit sekali. Kerenah pekerja boleh membuatkan seribu satu masalah. Business vending mesin, mesin yang berinteraksi dengan pelanggan, tanpa cuti, tanpa tuang, tanpa mengular, tanpa rehat, sentiasa sedia berkhidmat, 24x7. Jika ada masalah, tukar baru je.
  • Brand produk yang terhad sahaja. Biasanya kena menguruskan 10 hingga 20 brand sahaja. Pengurusan stock yang mudah, pencarian supplier yang senang, stor simpanan yang minima
2) Business untuk kesinambungan pendapatan

  • Kerap terjadi punca pendapatan hilang disebabkan musibah yang menimpa (minta dijauhkan). Insuran atau takaful mungkin akan membantu, tapi ianya sekali sahaja, bagaimana untuk pendapatan harian untuk menpung makan dan minum keluarga tersayang. Dengan business ini, ianya dapat digunakan sebagai punca pendapatan. Jika berlaku ketidakupayaan pun, boleh upah seseorang untuk menguruskaanya.
  • Contoh (bukan cerita sebenar):- En Zainudin, ditimba musibah penyakit strok, dan tidak dapat berkerja lagi. Maka bisness ini dapat membantu beliau menampung makan dan minum  harian keluarga. 


3) Modal yang kecil untuk pelaburan

  • Berbanding pelaburan property, bisness ini agak rendah.
  • Sebuah rumah harga RM150,000.00 - sewa bulanan dapat RM600.00 . Seunit vending layandiri air tin harga RM15,000.00 - pendapatan bulanan RM600.00. (comtoh sahaja bukan angka sebenar).


BERSAMBUNG......

Khamis, 29 Oktober 2015

Pemasangan mesin snack di UPM

Hujan rahmat, menghanyutkan jerebu.
Pemasangan mesin snack di UPM
Terima kasih en idzham di atas kesudian menggunakah khidmat kami.






Rabu, 28 Oktober 2015

Pemasangan vending mesin cup di UIA

Pemasangan vending mesin cup hot & cold di UIA Gombak.


Pemasangan di dewan putra upm

Pemasangan vending mesin tin 25selection di dewan putra UPM.
Terima kasih kepada saya kerana menggunakan khidmat saya sendiri utk process pemasangan mesin pada kali ini. (baby saya yg ke 13).






Isnin, 26 Oktober 2015

Komponen vending mesin air tin

MPengenalan kepada vending mesin air tin.

1) Slot / coloum
Tempat/ruang yang akan disikan dengan air tin atau botol.
Atas kiri pada barisan pertama ialah slot no 1, ke bawah no 2, sampai no 6. Dan barisan kedua bermula no 7 dan samai no 12. Dan seterusnya bersambung dari atas ke bawah. Konsep ini sama untuk semua jenis selection (18,20,25,36 & 42 dll).


Bersambung.......

2) Panel pilihan
- akan datang

3) Penyejuk - chiller
- akan datang

Ahad, 25 Oktober 2015

Penjagaan Vending Mesin

Penjagaan vending mesin

1) Pembersihan sirip penyejukan.
Sama macam aircon, sirip penyejukan perlu dibersihkan secara berkala mengikut lokasi. Jikalau tapak di kaki lima yang banyak habuk, sekurang-kurangnya setiap 6 bulan. Jika persekitaran beraircond mungkin setahun sekali baru perlu dibersihkan. 

Tatacara: Gunakan berus yang lembut atau berus gigi utk membersihkan. Guna cemical permbersihan aircond juga boleh.

Sebelum:

Selepas:

Peralatan:

2) Roller Note Acceptor berdaki.
Ini menyebabkan duit note baru RM1 susah untuk diterima. Kadang ok kadang tidak.
Ini disebabkan sensor tak dapat taiming dengan betul diantara 2 check point dalam note RM1.

Tatacara: Gunakan WD-40, sembur ke arah kain lap. Lapkan perlahan-lahan roller yang berdaki sehingga semua daki tercabut.
Pastikan power di OFF kan semasa membuat tatacara ini.









Rabu, 14 Oktober 2015

Sesi tinjauan sk taman desa

Bersama customer en shukur melawat tapak di sk taman desa. 
Close deal. Tq.



Isnin, 5 Oktober 2015

Pemasangan mesin cup di masjid alam impian

Sekitar pemasangan mesin cup di masjid alam impian.
Memang meriah, sambutan pun diluar dugaaan.

Terima kasih En Sham diatas kepercayaan yang diberikan




Ahad, 20 September 2015

Pemasangan upm

Sekitar pemasangan mesin air tin di UPM di Fakulti Bahasa
Terima kasih en rafiq






Jumaat, 18 September 2015

Pickup yang banyak berjasa

Biz masih bermula, guna apa yg ada dulu, kos kena jaga.
Pickup yang sangat berjasa

Ahad, 13 September 2015

Pemasangan vending mesin cup di pasar borong

Pemasangan mesin cup hot & cold di pasar borong.
Pasang siang hari, training malam hari.
Terima kasih en adam



Ahad, 30 Ogos 2015

Khamis, 27 Ogos 2015

Pemasangan mesin air bertapis - hulu langat

Pemasangan yang mencabar untuk vending mesin air bertapis nano. Disebankan cabaran dari segi transport, pemasangan menjadi mencabar. Walaubagaimanapun semuanya dapat diatasi, terima kasih kepada semua yang berkenaan.

Isnin, 17 Ogos 2015

Pemasangan - vending mesin air tin di Surau Bangi

Alhamdulillah, ada juga yang menetap di surau. Relocation dari pasaraya tak terkenal ke surau di bangi. Syukur sales pun ok sebab ada kafa sebelah.
Bebudak ni memang pandai membeli.



Update: 18-Aug : Tak sangka, walaupun surau & kafa ni kecil, tetapi sales sangat laju. Alhamdulillah dan terima kasih diatas sokongan.

Sabtu, 8 Ogos 2015

Pemasangan di IKBN Vending Mesin Air Tin 30 Slot

Pemasangan vending mesin air tin 36 slot di ikbn ulu langat.
Meriah sangat sesi pemasangan mesin ni, maaf la en ahmad jika cikgu garang sikit.
Jutaan terima kasih kepada En Ahmad dan keluarga kerana menggunakn khidmat kami. Semoga biz kita sesama maju.

Selasa, 7 Julai 2015

Pemindahan mesin


Di atas masalah yg tidak dapat dielakkan,  pemindahan mesin terpaksa dilakukan. Mohon jutaan maaf kepada pelanggan yang berkenaan, kami pun tak sangka perkara ini berlaku. 
Walaubagaimanapun perpindahan ini telah selesai. 



Selasa, 23 Jun 2015

Permandangan lokasi Masjid Alam Impian

Masjid di shah alam bersebelahan maahad tahfiz, memerlukan vending mesin air tin dan vending mesin cup hot&cold.
Memang meriah tempat ni. Harga mesin dan lokasi seperti di dalam post senarai lokasi.






Sabtu, 13 Jun 2015

Pemasangan vending mesin air tin - Hospital Klang

Pemasangan vending mesin air tin di Hospital Klang 20150613

Walaupun terlewat tapi meriah pemasangan vending mesin di hospital klang ni. Jutaan terima kasih kepada En Farid diatas kepercayaan tuan menggunakan perkhidmatan kami.