Ahad, 1 November 2015

Kenapa business vending mesin

Kenapa memilih business vending mesin, terdapat ribuan peluang business yang lain :-

1) Business ni amat mudah
  • Tidak memerlukan tenaga kerja untuk menjaga kaunter. Pengurusan tenaga kerja adalah urusan yang amat rumit sekali. Kerenah pekerja boleh membuatkan seribu satu masalah. Business vending mesin, mesin yang berinteraksi dengan pelanggan, tanpa cuti, tanpa tuang, tanpa mengular, tanpa rehat, sentiasa sedia berkhidmat, 24x7. Jika ada masalah, tukar baru je.
  • Brand produk yang terhad sahaja. Biasanya kena menguruskan 10 hingga 20 brand sahaja. Pengurusan stock yang mudah, pencarian supplier yang senang, stor simpanan yang minima
2) Business untuk kesinambungan pendapatan

  • Kerap terjadi punca pendapatan hilang disebabkan musibah yang menimpa (minta dijauhkan). Insuran atau takaful mungkin akan membantu, tapi ianya sekali sahaja, bagaimana untuk pendapatan harian untuk menpung makan dan minum keluarga tersayang. Dengan business ini, ianya dapat digunakan sebagai punca pendapatan. Jika berlaku ketidakupayaan pun, boleh upah seseorang untuk menguruskaanya.
  • Contoh (bukan cerita sebenar):- En Zainudin, ditimba musibah penyakit strok, dan tidak dapat berkerja lagi. Maka bisness ini dapat membantu beliau menampung makan dan minum  harian keluarga. 


3) Modal yang kecil untuk pelaburan

  • Berbanding pelaburan property, bisness ini agak rendah.
  • Sebuah rumah harga RM150,000.00 - sewa bulanan dapat RM600.00 . Seunit vending layandiri air tin harga RM15,000.00 - pendapatan bulanan RM600.00. (comtoh sahaja bukan angka sebenar).


BERSAMBUNG......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan