Senarai beberapa scamer yang diketahui setakat ini berdasarkan aduan pelanggan.
Untuk dijadikan ikthibar sahaja.
20160606
Pembayaran sewa tapak ke pihak ketiga. Sila berhati-hati, jika membayar sewa kepada pihak ketiga, sila pastikan sewa ini sampai kepada pihak yang berkenaan. Minta resit rasmi dari pihak yg berkenaan walaupun tanpa amount (dipadam sebab ada yg markup sikit).
Ada sebuah company yang berpusat di Kajang suka membuat perkara ini.
Ada yang dah bayar sewa selama 2 tahun, tetapi sewa ini tidak sampai ke pihak yang sepatutnya.
- Company yang sama juga ada menjual mesin dengan harga yang tinggi untuk mesin dan tapak yang dah nak habis contract.
- Setelah masalah timbul sebab habis contract, tapak gantian yang diberikan amat mengecewakan, monyet pun tak datang kat tempat tersebut.
Aduan: En N.....
20160606
Vending mesin air tin yang dijual agak mahal (RM32k seunit), dijanjikan tapak dan juga dapat membeli air tin dengan harga murah 45sen setin.
Setelah tiga (3) bulan mesin masih tak sampai (dari jepun katanya) dan pakej pembelian air tin murah juga hanya tinggal janji.
Ramai yang kena dah.
Aduan: En 012.....
20151124
Beli mesin dengan pakej, tapi pulangan tak seperti yang dijanjikan.
Ramai pula yang mengadu kebelakangan ni, berkenaan kes ni. Kesannya, ada yang nak beli tapak dan ada yang nak jual mesin.
Modus operandi :
- Penjual menjual mesin vending ni dengan pakej yang menarik, iaitu bayar sahaja amaun yang ditetapkan (cth rm18k), tempat dan pengurusan harian penjual akan uruskan. Pembeli akan dijanjikan pulangan tertentu setiap bulan, Tempat pemasangan nampak cun.
- Beberapa bulan pertama, pulangan agak menarik dan menyebabkan keyakinan terbina dan pembeli akan cadangkan kepada pembeli lain
- Tiba masa, pulangan makin berkurangan dan makin liat
- Lama-lama terbongkar juga, mesin dan tempat yang sama dijual kepada beberapa pembeli.
- Ada yang bernasib baik, dapat mesin. Tapi mesin nampak baru, cam tak pernah guna, nasib baik dapat mesin.
- Kesian juga, ada mesin tapi tak ada tapak.
20151004
Beli vending dapat pulangan tetap bulanan yang agak mahal.
Modus operandi :
- Penjual menjual vending mesin dengan harga yang agak mahal sedikit berbanding harga pasaran
- Semua urusan refill dan urusan harian dilakukan oleh pihak penjual : Memang best
- Dijanjikan pulangan bulanan yang agak mahal : Memang best
- Lokasi mesin ditempatkan di tempat yang hot aka sekolah : Memang best
- Dijanjikan kalau pulangan bulanan tak tercapai seperti janjikan, pembeli akan dapat mesin : Nampak macam best
Akibatnya :
- Semua nampak best berkenaan yang dijanjikan
- Tiba masa, pulangan tidak tercapai
- Maka seperti dijanjikan mesin akan diberikan kepada pembeli
- Pembeli pun pening sebab dapat mesin tanpa lokasi
- Setelah mesin dikeluarkan dan diberikan kepada pembeli, penjual akan cari mangsa seterusnya. Lagi dan lagi. Menggunakan lokasi hot tadi.
Aduan : En Pesara
20150921
Harga vending mesin sangat makal berbanding harga pasaran.
Modus operandi :
- Penjual menjual mesin dengan 3 kali ganda harga pasaran
Akibatnya : Tiada kes, saya sahaja jelous, camana dia boleh jual mahal gitu, saya yang jual harga biasa ni pun, liat juga nak dapat pelanggan. :-)
20150119
Harga vending mesin sangat murah berbanding harga pasaran.
Modus operandi :
- Penjual menjual mesin dengan harga murah gila berbanding harga pasaran
- Bila tiba tarikh dipersetujui, akan diberitahu ada orang lain berminat dgn mesin tersebut
- Harga akan dinaikkan atas alasan ada pihak lain berminat dan sanggup beli dengan harga mahal sedikit
- Peroses kenaikan harga akan berlaku, macam lelong mesin jadinya
- Akhirnya harga mesin jadi sama atau lebih mahal dengan harga pasaran
Akibatnya : Pembeli terkena beli juga dengan harga pasaran. Tiada kes atau kerugian berlaku disini.
Aduan oleh : En A.....